Bahagian hadapan lapel jubah bertenunkan Sulaman Polyester. Corak yang terdapat pada lapel sulaman ialah gabungan logo Universiti dan motif tempatan untuk menghasilkan corak lebih yang unik.
Bulatan dikelilingi bunga tabur dan juga bunga Raya sebagai tema dalam menghasilkan kesenian sulaman pada lapel jubah.
Rekaan jubah dikemaskan dengan Pleate ( Kedutan) yang amat teliti buatannya, agar kelihatan segak kepada pemakai.
Di bahagian lengan Jubah terdapat belahan dan butang bagi memudahkan pemakai mengangkat tangan supaya kelihatan lengan baju jubah tersebut sentiasa labuh ke bawah.