Setiap rekaan kami mempunyai nilai seni yang tersendiri dan berbeza rekaan bagi setiap pelanggan. Rekaan Ekslusif kami meliputi Jubah VVIP, Jubah Canselor, Jubah Menteri, Jubah Pengurusan Universiti hingga ke Jubah Graduan.
Diperbuat daripada kain yang ditenun khas berlatar belakangkan logo Universiti dan juga kain berkualiti seperti Sutera, Brocade, Wool, Viscose, Cotton, Satin dan juga Polyester.
Rekaan jubah ini juga diserlahkan lago dengan Sulaman Benang Emas dan Songket bermotifkan rekaan tradisional Malaysia.